Abang Johari: Sarawak kini berkuasa penuh ke atas industri minyak, gas

350

Sarawak akan mengambil alih kuasa seliaan penuh ke atas aspek huluan dan hiliran menjelang Julai tahun ini.

KUCHING: Sarawak akan mengambil alih kuasa seliaan penuh ke atas aspek huluan dan hiliran industri minyak dan gas menjelang Julai tahun ini, sebahagian daripada penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan.

Ini diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Abang Johari Openg ketika melancarkan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) malam ini.

Katanya, Sarawak akan mengeksploitasi sumber minyak dan gas asli sebagaimana diperuntukkan Senarai Negeri dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

Penurunan kuasa itu selaras dengan persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan kepada Sarawak kuasa yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang terhakis secara tidak sengaja sejak beberapa tahun lalu.

Ketua menteri berkata pembentukan Petros dan pelaksanaan hak perlembagaan bawah Perkara 2(c) Senarai Negeri dan 8(j) Senarai Persekutuan sebagaimana diperuntukkan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan hasil rundingan penurunan kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/03/06/abang-johari-sarawak-kini-berkuasa-penuh-ke-atas-industri-minyak-gas/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here